Perempuan itu memandang cecair panas yang berwarna hitam pekat di dalam cawan. Dia menghirup kopi itu sedikit. Malam itu mungkin merupakan malam yang sepi. Bulan kelihatannya cuma samar-samar, terlindung dek awan. Perempuan itu berteleku.
Dia duduk di atas kerusi kegemaran yang dibeli enam bulan yang lalu bersama seorang lelaki. Lelaki yang setia menyokong jatuh bangunnya di dalam kancah kehidupan. Sama ada cinta, kerjaya dan agama. Sepi begini memang mengundang kerinduan. Tapi dia cuma mampu pejamkan mata.

“Marha”
Dia kenal suara itu. Suara yang sudah lama tidak menyentuh gegendang telinganya. Suara yang terlalu lama tidak menyebut namanya. Dia membuka mata. Memandang seorang lelaki sasa yang berdiri di hadapannya. Dia terkesima.
Matanya yang tajam tapi sayu itu memandang lelaki dihadapannya. Wajah yang terlalu lama dirindui Marha. Marha senyum. Lelaki itu juga tersenyum sama. Perlahan-lahan, lelaki itu mendekatinya. Membelai perlahan rambutnya. Serentak itu airmata Marha bergenang.

Perlahan-lahan, usapan tangan lelaki itu semakin kasar. Marha menarik nafas, dia panik. Semakin lama, lelaki itu menjauh darinya.Marha bingkas bangun untuk memeluk lelaki tadi yang dilihatnya hampir terbang meninggi meninggalkannya. Marha memanjat tembok balkoni untuk mencapai lelaki yang dirinduinya itu. Tanpa sedar dia sebenarnya melompat dari ruang balkoni rumahnya. Serentak itu dia menjerit,
“Ayah!!”
Marha membuka mata. Sudah hampir jam tiga pagi. Dia terlelap di atas meja balkoni rumahnya itu. Cangkir kopi sudah pun sedikit suam. Matanya mempelajari bulan yang terlihat dari dalam cangkir. Kemudian, dia masuk ke dalam bilik untuk melelapkan mata. Dalam fikiran yang masih celaru, dia menyentuh matanya. Terasa matanya berair. Lebih berair dari kopi yang dia hirup tadi.
4 comments:
bila agaknye i blh tgk cite ni dinovel kan? :P
cis. cis. cis!
awak kalau gaya nak perli nombor satu kan? gedik aa u. i mana layak~ =(
nape mesti marha?
hizwan:
sempena nama sepupu, marha khalida. tiada niat lain. =)
Post a Comment