Sunday, June 5, 2011

Halangan

 Dua orang gadis sedang duduk di atas kerusi berdepankan tasik kolej Merah.

"Kenapa aku nak kena buat perkara ni? Kau je lah Anis."
ujar Farhana.

"Bukan ke tadi Zaim suruh kau yang jadi awek olok-olok dia, nak kasi Rin jealous?"
balas Anis.

"Masalahnya Anis, aku ni..."
belum sempat Farhana menghabiskan ayatnya, Anis mencelah,

"Kau ape? Weh, kalau kau tak nak, bagi aku je. Bukan aku tak suka Zaim tu. Berkenan la jugak. Dari second year jugak aku aim dia. Tapi aku tak shoot pun. Entah. Tapi suka la..."
terang Anis, panjang dan berterus terang.

Farhana terdiam. Dalam hati, dia masih terkejut dengan pengakuan Anis. Maka, bertambahlah kerja untuk Farhana. Sama ada menghapuskan Rin dahulu, atau Anis. Yang mana satu dia tidak tahu.

Atau mungkin juga, Zaim yang patut dilenyapkan dulu. Biar semua tak dapat. Yang penting, bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian. Cuma bunuh orang sahaja sebagai jawapan.

2 comments:

NICK IRFAN said...

cerita bersiri ke ni?

Para Jamaludin said...

tak jugak. cuma situasi =)