Thursday, June 23, 2011

Antara Keinginan dan Tanggungjawab

Di suatu perbualan, tentang keinginan untuk berkahwin dalam usia yang agak muda, antara aku dengan seorang kawan yang meminta pendapat tentang topik ini, berlokasi di facebook chat.

Aku: Okay, why did you sound desperate in the first place?
Gila: Haha!

Aku: Kau nak cari awek? Cinta? Jodoh? Isteri?
Gila: Isteri...
Aku: You are too young. Kau habiskan study dulu. Jadi orang dulu. Perempuan suka lelaki matang. Mak datin sukalah lelaki muda-muda ni. Haha!

Gila: Hahaha! Kau tak faham lelaki...
Aku: Lelaki = komplikasi.

Gila: Aku rasa aku patut fikirkan pasal kahwin.
Aku: Dalam umur duapuluh tahun? Duapuluh kalau perempuan bolehlah nak fikir kahwin. Kau lelaki. Bagi aku, 27-29tahun baru layak tau

Gila: Aku nak bagi yang terbaik untuk anak aku. Tak nak terlalu tua untuk diorang.


Aku: Banyak lagi benda lain kau kena fikir. Grad, kerja dulu. Jadi orang dulu. Sempurnakan family kau yang bantu kau dulu. Yang tolong kau study dari kecik semua tu. Dalam 27-29tahun, confirm kahwin. Sebabnya, Tuhan akan tolong sebab kau dah buat family kau happy. That's it. Kau fikirlah. Kalau dah bukan masa dia,  bukan jugak.

Gila: Betul jugak apa kau cakap. Aku tengok budak-budak baya aku yang fly, majoriti dah kahwin atau dah tunang. Itu yang aku rasa tak salah.

Aku: Fly lain. Duduk tempat orang.
Gila: Tempat kita ni terbelenggu dek adat. Tapi, mungkin aku yang tak matang lagi. Personally, sekarang ni aku rasa banyak gangguan seksual kat lelaki.

Aku: So? Sebab tu kau kena kahwin?
Gila: Pakaian perempuan seksi-seksi. Susah nak jaga pandangan sekarang. Kalau yang tak jaga batas pergaulan, bolehlah mintak couple. Kalau yang jaga ni...terseksa tau!

Aku: Okay, kalau kau kahwin, memang kau ada isteri, tapi kau jaga tak pandangan kau? Come on. Kau nak aku bagi bukti macamana lagi. Hahaha!

Gila: At least, aku dah ada yang halal untuk aku.

Aku: Tak mustahil kau akan tengok yang tak halal walaupun kau ada yang halal. Tapi kau cakap tadi pasal pandangan, kan? Lelaki ni very physical. Let's put into this. Perempuan ni macam senaskhah buku bagi diorang. Kalau cover dia tak menarik, mampuslah dia nak baca buku tu.

Gila: Okay, contoh?

Aku: Seriously, I'm not being biased here. Aku cuma nak kau get the clearer picture yang kahwin awal untuk tidak membuat dosa kerana ada yang halal, tak semestinya bagus. Effect masa depan kita tak tahu kan? But I believe God will guide the young married couple. Cuma, tahu sajalah, darah muda. Kahwin bukan kerja main-main. Kalau kau lengkap semua, fizikal, mental, zahir, batin bagai, go on.

Gila: Mungkin aku lemah lagi...
Aku: By the way, tak salah pun kalau berusaha ke arah tu.

Gila: Bila kau cakap kat aku tadi, aku terfikir balik, betul apa kau cakap. Aku tak boleh ikutkan nafsu sangat. Kan?

Aku: Betul. Tuhan lagi sayang orang yang sabar. Sabar ea?

Gila: Okay...Thanks.
Aku: Most welcome  =)


p/s: ditulis dalam penulisan yang penuh tanpa mengubah makna perbualan.

5 comments:

ajib said...

haha..aku suke topik nih..tapi la nih..susah nak kawen..kene cukup duit bagai..itu je..mude ke tua ke..bahagia tuhan bagi..

Para Jamaludin said...

ajib:
haha. menarik jugaklah sampai aku siap taip dengan kaki. hahaha! betul weh, jodoh tak kenal siapa.

Hizwan Nizam said...

nak kawen pon nafsu gak kan?

Para Jamaludin said...

cuma niat.

AzwanRamli said...

Erm...kawen muda tak salah.Tapi ilmu mesti ada.Lafaz sakinah kalau diungkap membawa kepada pengertian yang lebih besar.Erm...masih berfikir apa yang aku nak cakap.haa