Saturday, May 7, 2011

selepas hujan

Di setiap kesalahan, mungkin bakal muncul perkataan maaf. Tapi perlu diingat, ia tak selalunya dibalas dengan ayat "tak mengapa". Sakit, pedih yang ini, memenuhi segenap urat dan kapilari. Mereka tidak pernah berdiri di tempat aku di mana hati tidak bisa menyarung bahagia itu. 

Tahu. Siapa yang mahu selami sakit orang. Sakit sendiri pun belum terubat. Semua juga akan menyatakan salah ke aku. Makanya, aku lebih memilih yang salah itu kerana tak ada yang akan mahu atau teringin untuk memakai kasut aku sejak ianya dilarikan anjing dulu.

To be honest, aku dah pakai kasut baru. Terima kasih, anjing.

0 comments: