"Yang baju putih. Dia minta nombor kau. Nak kenal katanya"
Perempuan itu cuma senyum. Skirt labuhnya sedikit basah terkena air laut. Dia bermain-main dengan pasir. Sesekali dia bercakap pada angin. Lelaki yang bertindak sebagai pengirim pesan berlalu pergi setelah malas menunggu.
"Bisu kot perempuan tu. Tak pun gila" katanya kepada kawannya yang berbaju putih tadi. Mereka memandang perempuan tadi dari jauh. Melihat skirt labuhnya yang diangkat sedikit di sebelah kiri. Tangan kanannya memegang kayu bersaiz halus. Kelihatan seperti ranting yang panjang.
Perempuan itu seperti mencoret sesuatu di atas pasir. Dia membetulkan tudungnya lalu memandang lelaki berbaju putih itu lalu tersenyum. Manis sekali. Setelah itu, dia berlari. Sekali sekala ketawa, menoleh ke arah lelaki-lelaki tadi.
Setelah jauh, Aidil merasakan dia perlu ke tempat perempuan tadi berdiri. Kamal pula tak peduli, tetapi menuruti Aidil sedikit lambat di belakang.
"p.paktam u :)"
Aidil pelik.
"Mal, ape bende ni weh? Betul kot dia gila. Hish. Cantik, cantik dah. Jom blah ah" ujar Aidil sambil berlalu.
Kamal masih berdiri dan merenung tulisan itu.
"Tak Dil, dia tak gila. Kau yang bengap"
...ujar Kamal perlahan sambil menyimpan nombor telefon perempuan itu yang tertera pada pasir ke dalam telefon bimbitnya...
..."7. 7258268. Dan senyum. So, aku nak cakap aku yang baju putih ke yang baju hitam? Hmm.."
Di dalam sebuah kereta myvi putih, seorang perempuan ketawa kecil.
"Sorrylah Shima. Aku jual nombor kau."
tembakkatakata
Wednesday, February 8, 2012
Friday, February 3, 2012
Abah
Dia menghadap pergi sedang aku mengharap kembali. Kini aku masih berdepan terik matahari sehingga tidak terlihat olehku walau sedikit daripada bayang-bayangnya.
p/s: alfatihah
Thursday, January 19, 2012
di bawah telapak kaki
Dia duduk di ruang balkoni dan merenung bulan yang separa penuh. Perlahan, bulan itu kelihatan bergenang di matanya. Peristiwa petang tadi masih gagal dipadam, malah telah menguatkan lagi ingatannya pada peristiwa silam.
Dalam usia yang masih belum mengerti tentang kehidupan, dia ditinggalkan. Hari itu merupakan hari yang kejam kerana perempuan itu meninggalkannya tanpa rasa belas kasihan. Lukisan dengan warna crayon yang baru ditampal di peti sejuk masih terang warnanya. Masih segar warna crayonnya.
Enam tahun adalah usia kanak-kanak yang tak dapat dicerita keindahannya. Keseronokan bermain bersama kawan-kawan, keriuhan dalam setiap permainan serta keriangan dalam membentuk sedikit daripada kehidupan. Tapi dia merasa sebaliknya.
Kedatangan Makcik Zaleha ke rumahnya dengan sebuah khabar berita memang terlalu mengejutkan. Dia tak mampu berkata-kata dan membuat keputusan. Dia teringat pada arwah bapanya. Arwah bapanya tidak pernah memburukkan malah mengajarnya dengan penuh cermat.
Tetapi dia benci segala-galanya tentang perempuan itu. Namanya, wajahnya, baunya juga bayangnya. Waktu perempuan itu pergi dan meninggalkannya, dia cuma seorang anak kecil yang menjerit memanggil "ibu" dengan sekuat hati. Dan jeritannya tidak diperduli.
Namun, perempuan itu sekarang dihukum oleh perbuatannya sendiri. Dia terlantar sakit menderita. Keinginannya cuma satu. Seperti yang diceritakan oleh Makcik Zaleha, perempuan itu ingin menemui anaknya yang pernah dia tinggalkan dulu.
Airmatanya bergenang lagi. Pandangannya dialihkan ke lantai balkoni. Dia menyeka pipi. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia berjanji bahawa neraka yang dulunya berada di bawah tapak kaki itu, akan berbau syurga kembali.
Dia janji.
Tuesday, November 29, 2011
ku kirimkan thoughts ke Mesir.
Inbox di Facebook.
Salam kak Para! Hehe. Kenal Ainul lagi tak? Apa khabar? Sihat? Apa cerita sekarang?
Akak, Ainul tengok akakterer (memandai kau je terer) bab2 puisi nih. So saya nak mintak tolong boleh tak? Actually hujung minggu ni Ainul kena buat bengkel puisi.
So Ainul nak tanya sket la kat akak perkembangan bidang2 puisi nih kat malaysia. Apa citer eh yg the latest? hehe.. lepas tu kan,kalau akak la disuruh buat bengkel puisi, apa yg akak akan cerita pada peserta?
* * * *
Wassalam Ainul. Kenal2. Awak anak cikgu. Kita pernah satu dorm. Hehe. Btw, puisi kat Malaysia ni tak banyak yang berubah. Cumanya kita masih dalam usaha untuk mencintai bahasa sendiri. Kalau ikutkan, orang Malaysia especially Melayu ni malas baca. Tapi kalau dapat yang ulat buku tu, semua buku dia tau.
Personally, bagi akak, Malaysia bukan takdak sasterawan hebat mcm Usman Awang, A Samad Said, Shahnon Ahmad. Cuma mentaliti masyrakat kita masih rasa yang bidang profesional je ada masa depan.
Untuk orang yang tak mendalami sangat, dia cuma tau nama2 penyair yg femes je. Padahal, kalau tengok scene indie, budak2 muda sekarang dah banyak keluarkan zine2 puisi, cerita pendek, etc. Kiranya puisi ni bukan barang dulu je la. Sekarang dah macam trend. Cuma, bergerak secara bawah tanah. Orang kata underground scene lagi. Sebabnya kalau mainstream, derang nak yg ada nama mcm pak samad, yang ada title sasterawan. Ada nama2 biasa,cuma jarang di mainstreamkan.
Padahal ada je ramai yang boleh menulis dan bagus. Cuma tu la, kita ni pesen orang takde nama je tak tengok. Sebab tu ada yg lebih agungkan karya luar mcm Chairil Anwar, Jalaludin Rumi, Omar Khayyam, Sanusi Pane, macam2 la. Padahal dalam Malaysia pun ada Pak Samad, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Zurinah Hassan, Agi Ghafar Ibrahim, Pyanhabib Rahman, Jaafa HS, and ramai lagi la. Cuma bila ada yang takde title sasterawan je, org tak ambik peduli.
Chairil Anwar takde title sasterawan, Rendra takde title sasterawan, tp semua peminat puisi2 begitu kenal derang. Itu dh masuk mentaliti rakyat kita punya hal.
Sekarang ni Berita Harian ada la jugak buat event pasal puisi. Kalau Ainul pernah dengar, Malam Puisi Riong. Ada deklamasi puisi dari penyair2, lagu2 puisi and macam2 gak la. Itu satu effort yg bagus. Cuma org kita terlalu memandang lekeh kat sastera. Sedangkan org Barat, profesional mcmana pun, dia tau sastera Shakespeare dia, Moliere, Edgar Allan Poe, Sylvia Plath and many names lagi. Even Grissom dalam CSI pun apply masa dia nampak mayat dalam dinding in his case, "the case is like the story by Poe, The Cask of Amontillado where the body was buried in the wall"
Malaysian should know their own sastera, bukan dengan mengatakan bosan la, jiwang la ape la. It is something to be learned, not to be abandoned.
Latest case puisi pun pasal Bersih rally tu. Yang Pak Samad punya puisi tajuk Unggun Bersih. And buku "Puisi Jadi Senjata". Tapi sangat jarang untuk dengar latest news pasal puisi/sastera. Yang ada, artis tu artis ni then politik. Blergh.
Masa hari bengkel tu Ainul try la cakap pasal firstly, of course bahasa. Untuk biar derang senang nampak, bagi contoh puisi skali. Bahasa ni terpulanglah simile ke, rima ke ape ke yang ainul nak cakap. Contoh puisi bagus,
1) di bawah bintang mengerdip - pak samad
2) aku - chairil anwar (indo)
3) derai2 cemara - chairil anwar(indo)
4) usman awang pasal Melayu tu..tak ingt tjuk apa
5) iklan tv - zurinah hassan(dia byk gak puisi psl wanita)
And masukkan sekali how we Malaysian memang jarang nak ketengahkan puisi/sastera dlm berkarya. Tengok contoh filem Malaysia je sudah. Bukan tak bagus. Ada yang bagus, cuma jarang kita tonton filem yg mengutarakan puisi sebagai subjek macam dalam cerita Ada Apa Dgn Cnta.
Malaysian should be proud of their own language(bahasa kebangsaan), if we dont, whoelse? Betul tak? Haa..kan dah kena ceramah. Hahaha!
p/s: kisah benar sejam sebelumnya. (tajuk nak propa habis yuols!)
Salam kak Para! Hehe. Kenal Ainul lagi tak? Apa khabar? Sihat? Apa cerita sekarang?
Akak, Ainul tengok akak

Friday, October 21, 2011
Palsu
Baru saja aku diberi harapan untuk digenggam di tapak tangan.
Selalunya genggamanku lebih kuat di tangan kanan.
Tetapi ianya berjatuhan kerana kau beri di kiri.
Katamu engkau silap.
Kataku tidak.
Engkau sengaja.

Friday, October 7, 2011
Pada Semilir yang Singgah
Malam menyaksikan aku dipeluk sunyi. Sepi mencekik-cekik kerongkong, hingga nafas tidak beralun sempurna. Aku mendengar betul-betul pergerakan semilir keluar masuk dari ruang jendela. Kipas tidak bergerak, namun bukan tanda rosak. Antara ruang dan waktu itu, cuma helaian kain putih yang melindungi jendela yang terbuka.
Aku bergerak ke situ. Ada cahaya bulan yang sedikit tidak kelihatan, tapi tetap tergambar di hampar angkasa. Pohon hijau menjadi hitam. Lampu-lampu di bangunan dan jalanraya perlahan-lahan padam satu persatu.
Hitam.
Aku menumpu sepenuh hati pada alurnya. Aku tahu, semilir ini sepi. Seperti aku dan jiwa ini. Tidak bernyanyi, tidak berhuni. Perlahannya, mataku celik tapi pandangku hitam. Aku ingin melihat tetapi tetap tak nampak. Aku cuba menyentuh tetapi tak pernah kena. Sedang aku terlalu ingin. Sedang aku amat kepingin.
Aku ingin memeluk tetapi lengan ini belum cukup gagah. Aku ingin menarik tetapi senantiasa ditolak. Maka, aku benar-benar hitamkan pandanganku kerana aku takut untuk membisik padanya. Sesungguhnya, aku terlalu malu dengan aku.
* * *
Mataku masih terpejam. Sehingga satu senyuman membentuk di wajahku pabila semilir itu datang memeluk, menyentuh dan menghuni ranjangku. Malam tidak sepi lagi. Semilirku, walaupun tidak lagi sunyi, ia akan tetap berlalu pergi. Aku tahu.
Dan kami akan kembali menyendiri. Masing tiada tahu, masing tiada tuju.

Tuesday, September 20, 2011
you never know
Suatu malam aku menyaksikan kepayahan datang menjengah waktu aku senang dan sedang baring bersendirian. Dia tidak mengetuk pintu, bahkan tidak sedikit pun mengucap salam.
Katanya aku terlalu lama melupakan dia dan sering melebih dan meraikan musuhnya. Aku kaget. Aku tidak langsung bersedia untuk pengakuannya itu.
Malam itu, dia membunuhku. Dari kepala turun ke kaki. Dari minda, turun ke hati. Satu persatu kulit aku ini disiatnya. Satu persatu juga hati ini dilumatnya. Aku tak dapat memejamkan mata. Langsung terfikir tentang kesenangan yang aku hadapi, dan tiada untuk membantu.
Maka malam itu, kepayahan berjaya meratah jasad dan rohku, tetapi engkau tidak tahu itu. Dan aku tidak akan sekali-kali memberitahu itu.